Thursday, December 30, 2010

Blog Review By My Nakal



Syarat kepala otak Mr Nakal...

1. Hangpa kena tahan mental
Mental?? opkos kot.. tp xtau nk kata la.. hati tisu jgk ni..

2. Aku akan review sekali dengan tuan blog..hahaa(acah jer)
Boleh ja.. mai kaih.. ceq dok tggu ang ni

3. Aku akn review secara jujur..kalau aku rasa boleh di puji aku puji,kalau boleh di kutuk aku kutuk(dah lama x kutuk orang ni..hohoho)
kalau ley 2 ang puji dh la no.. satgi ang dok kutuk, dok tiak lak.. xsapa lak nk pujuk.. sapa nak jawab kalau lagu 2? habaq mai sat hehehe

4. Buat kan entri pasai apa hangpa minat di
review oleh aku dalam loghat kedah(tu pun klu blh.klu x blh x pa)..Pas tu tinggalkan url entri hangpa kat komen
sebab pa ae?? ishh ceq pon xbapa nak tau la sebab pa.. saja ja nk mngedik kn diri nk join.. rs cm pala otak ni xbapa nak betoi ja hujung2 tahun ni... ley ka lagu 2?? Saja ja nk suh Mr Nakal ke abang nakal xtau.. mana2 pon boley kot no.. bedal ja la... Sebab klo Mr Nakal org kedah, sekampung la kita no.. ape ade hal kn.. hehehehe ..


Lawa jugak header mamat ini.. senakal shichan(betoi dak ceq eja ni xtau)


P/S : Hati tisu pon da hati nk join.. Toksah dok kutuk belog ceq dah la no.. Ceq budak baru nak blajaq..


Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Menjuarai Piala Suzuki Cup 2010




Pertama kali "TAHNIAH" diucapakan untuk pasukan Bola Sepak Malaysia kerana menjuarai perlawanan pertama final "PIALA SUZUKI CUP 2010" menentang pasukan INDONESIA setelah 2 gol dijaringkan oleh Safee Salee pada minit ke 60 dan 72. Manakala 1 lagi gol dijaringkan oleh pemain gantian, Mohamed Ashari pada minit yang ke 67.

Perlawanan Final pada malam ini telah merubah segala persoalan mengenai pasukan bola sepak Malaysia.

Mampukah Malaysia menang ke atas Indonesia kali ini??

Atau Malaysia akan dibelasah teruk di tempat Indonesia setalah ade pihak mengatakan ade penyokong Malaysia menggunakan tektik kotar dengan menggunakan pancaran laser terhadap penjaga gol pasukan Indonesia??

Aku sendiri pon takut bila pasukan kita Malaysia perlu menentang Indonesia di tempat mereka. Macam2 aku terfikir.. Rusuhan? mungkin jugak.. Macam2 khabar angin tentang penyokong Indonesia..

Keputusan telah terjawab. Malaysia memenangi pelawanan "PIALA SUZUKI CUP 2010" pada malam ini di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia menentang Indonesia dengan agregat Malaysia 4-2 Indonesia. Keputusan perlawanan akhir pusingan kedua antara Malaysia dan Indonesia berkesudahan dengan Indonesia 2-1 Malaysia.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit 54 pada separuh masa pertama. Manakalan Indonesia berjaya mendapat 1 gol hasil sumbungan Mohammad Nasuha pada minit 72, dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad pada minit 88.

Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Malaysia...

Oyeahhh Malaysia boleh...



Tuesday, December 28, 2010

Makna Dan Erti


Indahnya kasih bersulamkan sayang
Indahnya cinta bersulamkan kejujuran.

Kasih tidak bermakna tanpa sedikit pengorbanan.
Cinta tidak bermakna tanpa sedikit kemanjaan.
Begitulah juga hidup, tidak ada maknanya tanpa awak.

Dalam setiap gulung lidah bahasa kita taruhkan,
Kita selitkan makna sayang,
Kerana itu membawa ertinya.
Erti saya dan awak.

Lafaz aishiteru sering diungkapkan.
Luahan hati sering diterjemahkan.
Cuma satu,
Makna sayang itu perlu dicerahkan.
Disiram dengan air mata bukan jalannya,
Sebaliknya, siramilah dengan hembusan kasih.
Maka, teranglah sayang itu.



Kerana saya sayang awak,
saya masih di sisi awak.
<333

Oder2





Close