Tuesday, December 28, 2010

Makna Dan Erti


Indahnya kasih bersulamkan sayang
Indahnya cinta bersulamkan kejujuran.

Kasih tidak bermakna tanpa sedikit pengorbanan.
Cinta tidak bermakna tanpa sedikit kemanjaan.
Begitulah juga hidup, tidak ada maknanya tanpa awak.

Dalam setiap gulung lidah bahasa kita taruhkan,
Kita selitkan makna sayang,
Kerana itu membawa ertinya.
Erti saya dan awak.

Lafaz aishiteru sering diungkapkan.
Luahan hati sering diterjemahkan.
Cuma satu,
Makna sayang itu perlu dicerahkan.
Disiram dengan air mata bukan jalannya,
Sebaliknya, siramilah dengan hembusan kasih.
Maka, teranglah sayang itu.



Kerana saya sayang awak,
saya masih di sisi awak.
<333

No comments:

Oder2





Close